PEMANDANGAN pada hari semalam amat menarik. Kawasan yang landai dan disulami dengan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya begitu menarik perhatian. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.Itulah Ban Pecah yang terletak dekat Tanjung Piandang, Perak yang menjadi tempat bersantai dan menjamu selera bagi penduduk daerah Krian.Terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Parit Buntar, lokasi ini dikunjungi sehingga lewat malam untuk menjamu selera. Menu utama pilihan pengunjung adalah kari ikan sembilang yang tidak asing lagi serta mi udang Tanjung Piandang.
Walaupun pantai itu menerima ratusan pengunjung setiap hari, namun tidak ramai tahu bahawa pada awal tahun 1960-an, kawasan itu adalah hamparan sawah padi yang subur menghijau.

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?
Kisah ini tidak pernah dilupai oleh penduduk daerah tersebut dan daerah berdekatan seperti Bandar Baharu, Kedah dan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Antara individu yang masih mengingati cerita ini ialah Masjuri Anang, 82.
Bekas imam di kampung tersebut memberitahu, kisah tersebut menjadi bualan penduduk kampung ketika itu. Namun, meniti peredaran zaman, kisah itu lenyap sedikit demi sedikit.
"Memang benar dahulunya kawasan pantai ini adalah 'lautan sawah' padi yang amat subur iaitu kira-kira 400 hektar luasnya. Ia milik penduduk kampung termasuk dua beradik yang merupakan anak orang berada.
"Hampir dua pertiga tanah sawah itu milik mereka. Sebelum saudara yang sulung meninggal dunia, dia telah meminta adiknya menjaga anaknya dan tanah sawah miliknya.
"Namun, ketika anak-anak itu sedang membesar, bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah tersebut. Semua bahagian harta milik si abang tidak diserahkan seperti yang diamanahkan, sebaliknya dibolot oleh si adik," ujar Masjuri.
Ceritanya lagi, untuk menyara hidup, anak yatim yang malang itu terpaksa bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan sesuap nasi.
Menurutnya lagi, cakap-cakap masyarakat setempat pada masa itu menyedarkan anak yatim itu bahawa bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah ayahnya.
"Dia bertemu bapa saudaranya bertanyakan perkara itu tetapi disangkal dan dihalau keluar.
"Sebelum meninggalkan kampung, anak itu berdoa, 'Ya Allah, jika benar apa yang berlaku ini, engkau tunjukkan balasannya'. Sejak itu,ombak mula mengganas memecah benteng sawah atau ban yang dibina.
"Kawasan bendang dan kebun kelapa bertukar menjadi pantai menyebabkan penduduk kampung cemas.
"Segala usaha dilakukan seperti menambak dan cuba mengalirkan air laut ke dalam kolam, tetapi tidak berkesan sehingga segelintir penduduk kampung menggunakan bomoh dan pawang," ujarnya.
"Saya masih ingat lagi penduduk mengorbankan seekor lembu putih atas kehendak pawang. Ketika itu, saya berusia belasan tahun dan lihat sendiri tulang-tulang lembu bertaburan di tepi pantai.
Sementara itu, seorang pemilik gerai, Hassan Mohamad, 46, mengakui pernah melihat objek seperti pintu air ban di tengah-tengah pantai ketika air surut.
"Saya masih dapat melihat pintu air jauh ke tengah laut iaitu kira-kira dua atau tiga kilometer dari pantai.
"Pintu air itu jelas menjadi bukti bahawa kawasan laut sekarang adalah ban satu ketika dahulu," katanya.
Seorang penduduk yang sering bermain di kawasan Ban Pecah ketika usia remaja, Ishak Cik, 62, bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.
Beliau berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an.
"Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Tanah arwah ayah saya seluas 1.61 hektar turut menjadi korban. Apa nak buat, dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci,"katanya.
Menurut Ishak, akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak.
huhuhu...rindu kat kg halaman ku...
BalasPadammlm nie balik kg ar....tg piandang..tnguuuuu..
hang orang tg piandang ka aku pun orang tg piandang tapi sudah 30 tahun merantau dan berkeluarga dinegeri lain kawan sekolah pun tak tau mana pi hidup ka mati ka bercucu cicit pun tak tau kalau jumpa balik seronok juga...itu pun kalau masih kenal lagi
Padamalang2 pi batu 14
BalasPadamaku ank jati ban pecah..semua cerita tu mengarut..sebelum ban pecah..belah laut tu semua hutan paya bakau..aku nk pi kelaut dengan org tua aku..kena dayung sampan 1/3 jam nk keluaq ke kuala..la ni start enjin teruih laboh pukat..org yg buat cerita ni bukan org yg lahir kt bt 11 sg burung (ban pecah) ok..jgn buat kenyat...
BalasPadamkenyataan mengelirukan..rumah tok aku kt blakang kedai lan kangkung..dh semak..bendang mmg belah sini ja, belah sana hutan..dulu laut x nampak..pulau yg hgpa nampak kt hujung pelantaq tu dulu ada bataih jalan tanah merah..aku dok tangkap ketam merah buat umpan tahan taut kt situ la masa kecik2 dulu..mengarut betui...
BalasPadamaku x tahu menahu sejarah ban pecah.Yang aku pasti,aku seronok kesana samada memancing ikan atau menjamu selera di sana.kerang2 disana besar2 belaka.
BalasPadamBluebelt..relax laa hang mcm marah jaaa...hang mesti muda lagi....jadi bila hang sedaq dah ada ban pecah....hang mesti tak tau cerita Pakcik Masjuri Anang..pasai umuq dia pun dah 82...hang kena ingat doa org yg terinaya ni makbul...ka hang ni keturunan abg yg rampas tanah tu...tu pasai hang hangin...hehehehe sorry bro..saja provoke ja
BalasPadamx dak sapa2 angin2..cerita tu mmg x betoi..tahun 70'an aku hidup mmg x dak kg belah laut tu, hutan api2..http://www.facebook.com/groups/249553015067577/
BalasPadamayat agk kurang ajaq..
BalasPadamKebenaran cerita tu wallahu a`klam.Tapi batu ban yg berada jauh kat tengah laut tu memang saya pun nampak.Pengajaran cerita itu yg patut diambil peringatan.Menginaya harta anak yatim memang akan mendatangkan bala besar.Doa orang terinaya akan dimakbulkan Allah.Byk juga kisah2 yg seperti ini berlaku didalam masy kita.Tapi perasan tak?Air laut kadang2 lebih tinggi dari tanah sekitarnya.Kalau tak ada ban tersebut,mau banjir sekitar tempat tu.Air tu tak jerap ke, masuk sawah padi dekat situ?
BalasPadamDulu awal tahun 70an saya ada jugak dengar cerita Ban Pecah ni. Kawasan paling teruk di hakis ombak ialah Teluk Rubiah, betul ke? Selalu jugak keluarga saya dari Parit Hj. Manan, Kuala Kurau pi cari lokan guna pisau mengerat, Sekali bawak balik ada hampir seguni.Masa tu saya masih kecil tak pernah pi pun. Dok dengar cerita ombak kuat. Depa dok cerita pintu air simen yang masih ada depan sikit ke tengah daripada jeti itu ke dalam laut dah kira pintu air nombor tiga maknanya ada dua lagi pintu air dah tenggelam nun ditengah laut. Betul ke tidak Walahhualam.
BalasPadam